Wednesday, April 4, 2012

Kisah Wali Dengan Syaitan

     
     Barshisha' seorang hamba Allah yang sudah 220 tahun, belum pernah menderhakai Allah walau sedetik pun. Dia mempunyai murid sebanyak 60,000 orang yang mampu berjalan diudara oleh sebab keberkatan ibadah Barshiha', sehingga para Malaikat kagum terhadap keampuhan ibadahnya. 
     
     Allah Ta'ala berfirman: "Mengapa kamu sekalian kagum terhadap Barshsiha', sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kalian tidak ketahui, bahawa Barsisha' akan kufur dan masuk Neraka untuk selama-lamanya sebab meminum khamar." 
     
     Iblis terkutuk yang mendengar kata-kata itu, mengetahui bahawa rosaknya Barshisha' ada ditangannya. Maka dia datangi tempat ibadah Barshisha' dengan mengenakan pakaian tenun dan memanggil Barshisha'. 


Kata Barshisha' kepadanya: "Siapakah engkau dan mau apa?"
Kata Iblis: "Saya seorang ahli ibadah, datang padamu untuk menemani engkau beribadah kepada Allah Ta'ala."
Kata Barshisha': "Barang siapa beribadah kepada Allah, maka Dia (Allah) mencukupinya."


     Maka Iblis pun beribadah kepada Allah Ta'ala tiga hari tidak tidur, tidak makan dan tidak minum. 
Kata Barshisha': "Saya berbuka, saya tidur, saya makan dan saya pun minum pula, sedangkan engkau tidak makan dan tidak minum, padahal sebenarnya saya sudah beribadah selama 220 tahun, tidak pernah dapat meninggalkan makan dan minum."
Kata Iblis: "Saya pernah melakukan dosa, sehingga apabila saya teringat dosa itu, hilanglah rasa nak tidur dan makan." 
Kata Barshisha': "Bagaiman caranya, supaya saya dapat pula seperti engkau?"
Kata Iblis: "Pergilah dan derhakalah engkau kepada Allah, kemudian taubatlah kepada-Nya, sesungguhnya Dia(Allah) Maha Penyayang, sehingga engkau akan menemukan kelazatan taat."
Kata Barshisha': "Apa yang harus saya perbuat?"
Kata Iblis: "Zina"
Kata Barshisha': "Saya tidak dapat melakukan itu."
Kata Iblis: "Bunuhlah seorang yang beriman."
Kata Barshisha : "Saya juga tidak dapat melakukannya."
Kata Iblis: "Minumlah khamar yang memabukkan, kerana itu ringan dan engkau dimusuhi oleh Allah."
Kata Barshisha': "Dimana untuk mendapatkan itu?"
Kata Iblis: "Pergilah ke desa itu!"


     Maka Barshisha' pun pergi dan bertemu dengan seorang wanita cantik penjual khamar (arak) yang kemudian dia membeli minuman arak itu daripadanya. Maka dia minum dan mabuk dan berzina dengan penjual arak itu. Lalu masuklah suami wanita itu dan memukuli Barshisha' sehingga separuh mati. 


     Didalam kesempatan itu Iblis yang menyerupai manusia, membawa Barshisha kehadapan hakim. Maka mereka menangkap dan menjilidnya sebanyak 80 kali, kerana dosa meminum khamar dan untuk perbuatan zinanya dijilid 100 kali. Kemudian diperintahkan untuk menyalibnya sebagai ganjarannya.


     Tatkala Barshisha' disalib, Iblis datang menemuinya dalam rupa manusia seraya berkata: "Bagaimana keadaanmu?"
Kata Barshisha': "Barangsiapa mengikut kawan yang jahat, demikian inilah ganjarannya."
Kata Iblis: "Saya didalam musibah darimu (siksaan darimu) selama 220 tahun (kerana ketekunan dalam ibadah), sehingga sekarang engkau saya salib. Jika engkau ingin saya turunkan, maka engkau akan saya turunkan."
Kata Barshisha': "Saya ingin turun, dan apapun yang engkau inginkan akan saya kabulkan."


     Kata Iblis: "Sujudlah kepadaku sekali sahaja!"
Kata Barshisha': "Saya tidak dapat sujud padamu, kerana saya diatas kayu salib ini."
Kata Iblis: "Sujudlah dengan isyarat!"
Maka Barshisha' pun sujud. Dan sekaligus dia kufur kepada Allah  (kerana tunduk atau patuh dan sujud kepada Iblis), bahkan mati tanpa iman). 

Thursday, March 29, 2012

SEEKOR HARIMAU MENDENGAR AL-QURAN

     Ahmad bin Thulun, salah seorang pengusaha 
Mesir terdahulu, menahan dan memenjarakan se-
orang alim yang bernama Abul Hasan Ahmad bin 
Banan. Ulama itu datang menemui penguasa yang 
menasihatinya tentang perintah dan larangan. 

     Tapi ia malah marah kepada si ulama dan ber-
pura-pura bodoh tentang kebenaran ucapan orang 
yang ma'shum Rasulullah saw.: "Ada dua orang 
jika keduanya baik, maka akan baiklah seluruh u-
mat. Tapi jika mereka rosak, maka rosaklah selu-
ruh umat. Mereka adalah para ulama dan umara 
(penguasa).

     Mendengar itu si penguasa makin berang, kepala-
nya mendidih menahan marah. Ketika kemarahan-
nya makin memuncak dan tidak dibendung lagi, ia 
berkata pada pengawalnya: "Tangkap dia! lalu 
lemparkan kekandang harimau yang sedang lapar 
sebagai santapannya, agar tak tersisa lagi darinya 
selain tulang belulang yang kering."

     Si ulama tinggal sendirian bersama dengan hari-
mau dalam kandangnya. Keesokan harinya, para pen-
jaga kandang memeriksa dan mereka menemui si
ulama duduk dengan tenang berzikir pada Allah SWT.,
 membaca ayat-ayat Al-Quran. 

     Mereka juga menyaksikan harimau lapar tersebut 
menganggukkan kepalanya dengan penuh ketenang-
an dan kerendahan, seakan mendengarkan zikir dan 
bacaan Al-Quran si ulama.

     Betapa tidak wahai saudara! Allah menyabut Al-
Quran dengan: "Allah telah menurunkan perkataan 
yang lebih baik Al-Quran yang serupa lagi berulang-
ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang 
takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang ku-
lit dan hati mereka diwaktu mengingati Allah. 


Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuk 
siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barang siapa yang 
disesatkan Allah, nescaya tak ada baginya seorang pe-
mimpin pun." (Az-Zumar:23)

     Lalu Bagaimana tidak saudaraku! sedang Dzat yang 
menurunkan Al-Quran telah berfirman yang bermaksud: 
"Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada 
sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk 
berpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. 
Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk 
manusia supaya mereka berfikir." (Al-Hasyr:21)



Tuesday, March 27, 2012

Pengaruh Nama Allah Dalam Hati Manusia

     Dalam suatu ruangan mingguan Ad-Dakwah 
yang ditulis sebagai berikut: "Sejumlah doktor pa-
kar yang dikejutkan dengan sebuah peristiwa me-
nakjubkan, namun mereka tidak mampu menjelas
kannya secara ilmiah hingga sekarang iaitu, ada-
nya lafaz "Allah" di jantung seseorang. 
     
     Media yang menyiarkan berita tersebut juga men-
gatakan: "Doktor Khaluq Nur Baqi, seorang doktor 
pakar jantung di Turki sampai pada penemuan yang 
mengejutkan ini ditengah penelitian tentang feno-
mena jarang berlaku. 
     
     Dunia ilmu pengetahuan pun belum mampu men-
jelaskan secara terperimci hingga sekarang., ketika 
ia menemui dibahagian jantung manusia hirif Arab 
yang berbunyi:"Allah."

     Doktor itu menuturkan: "Suatu hari, waktu aku 
sedang membuka buku ilmiah, saya dikejutkan de-
ngan apa yang saya lihat. Terdapat nama  "Allah" 
tertulis dalam jantung manusia. 
     
     Waktu itu saya merasa sedang berkhayal, tapi ke-
tika aku perhatikan lebih dekat aku bertambah yakin 
bahawa perkara itu adalah nyata dan ditulis oleh ta-
ngan yang sangat mahir." Ia juga menemui kejadian 
ini dalam atlas kedoktoran yang dibuat oleh ilmuan 
barat.

     Ia melanjutkan: "Tanda-tanda ilahiah ini tida-
lah terjadi begitu saja secara tiba-tiba atau dengan 
sendirinya." (Nawadir Min At-Tariah, 3/33)

Monday, March 26, 2012

HAJAR (Isteri Ibrahim a.s)

     Hajar ialah hamba wanita di Mesir, ia dihadiah-
kan oleh Firaun, Raja Mesir, kepada Sarah (iteri 
Nabi Ibrahim as). Kemudian Sarah menghadiah-
kan Hajar kepada Nabi Ibrahim as untuk dikahwini.


     Ibrahim kemudian berkahwin dengan Hajar). 
Dari rahim Hajarlah, Nabi Ibrahim as dikurnia-
kan oleh Allah SWT seorang anak yang bernama 
Ismail.


Ibrahim, Hajar dan Ismail pergi ke Kota Mekah


     Pada suatu hari Ishak, anak kepada Sarah te-
ah bertengkar dengan Ismail (anak kepada Hajar. 
Sarah menjadi marah, lalu menghalau mereka ber-
dua."Jangan engkau mengusik ketenanganku di 
negeri ini." katanya.


     Sarah kemudian meminta Ibrahim as mencerai-
kannya. Lalu Allah SWT menurunkan wahyu ke-
pada Nabi Ibrahim as,agar membawa mereka ke 
Kota Mekah.


     Nabi Ibrahim as pun melaksanakan perintah 
Allah SWT itu. Nabi Ibrahim as akhirnya mem-
bawa isteri dan anaknya ke sebuah bukit yang
berbatu.


Firman Allah SWT yang bermaksud:
Ibrahim berkata,"Wahai Tuhan kami! Sesungguh-
nya aku telah menempatkan sebahagian keturunan-
ku di lembah yang tidak ada tanaman dekat rumah 
engkau yang diharamkan mencerobohinya. 


     Wahai Tuhan kami! Mereka ditempatkan disitu 
agar mendirikan sembahyang. Maka jadikanlah
hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka 
supaya datang beramai-ramai disitu dan beri rezeki-
lah kepada mereka dari berbagai-bagai jenis buah-
buahan, mudahmudahan mereka bersyukur." 
(Ibrahim,37)


     "Kepada siapakah ingin engkau serahkan kami 
semua?" Tanya Hajar. Nabi Ibrahim as tidak menja-
wab sepatah pun. "apakah semua ini perintah Allah 
SWT?" Tanya Hajar untuk kali yang kedua. "Ya" 
jawab Nabi Ibrahim as singkat. "Kalau begitu, Dia 
tidak akan menyia-nyiakan kami." Nabi Ibrahim as 
akhirnya kembali ke Syam, meninggalkan Hajar ber-
sama Puteranya yang hanya memiliki satu bekas air.


     Ketika air dalam bekas itu sudah kehabisan, Hajar 
dan puteranya sangat kehausan. Dia memandang ke 
gunung dan ke lembah yang ada dibawah. Dia naik 
ke bukit Safa, cuba mencari sesuatu. Namun, dia ti-
dak menemui apa-apa hanya suara binatang buas di 
lembah itu sahaja yang didengarinya. Hajar segera 
kembali kepada anaknya untuk memberikan perlin-
dungan.


     Dari kejauhan Hajar mendengar suara yang da-
tang dari bukit Marwah. Dia berlari-lari anak ke sana, 
seperti larinya orang yang hendak melakukan suatu 
pekerjaan. Dialah orang pertama yang melakukan 
lari-lari anak (sa'i) antara bukit Safa dan Marwah, 
kini menjadi amalan yang kita harus lakukan dalam 
rangkaian ibadah Haji.


     Hajar naik ke bukit Marwah. Tiba-tiba dia mende-
ngar sayup-sayup seperti suara manusia. Setelah di-
yakininya bahawa itu benar-benar suara, ia me-
ngadu kepada Allah SWT. "Ya Allah,engkau telah 
memperdengarkan suara kepadaku. Tolonglah aku,
 dan orang yang bersamaku akan binasa." 


     Ternyata suara itu adalah suara Jibril as. "Siapa-
kah sebenarnya kamu ini?" tanya Jibril as kepada
Hajar. "Isteri Ibrahim as yang meninggalkanku ber-
sama anakku disini." jawab Hajar. "Kepada siapa-
kah pemeliharaan engkau berdua diserahkan?" tanya 
Jibril. "Dia menyerahkan kami kepada Allah SWT." 
jawab Hajar. "Dia telah menyerahkan kalian kepada 
Yang Maha Berkuasa."


     Kemudian Jibril as mengajak kedua-dua orang itu 
melakukan perjalanan hingga tiba di satu tempat yang 
bernama Zamzam. Padahal, makanan dan minuman 
telah kehabisan.


     Kemudian Jibril menghentakkan kakinya, lalu ter-
pancarlah mata air dari tanah tersebut. Kerana itulah 
zamzam juga dinamakan Rakdah Jibril as.


     Setelah sumber air mengalir, Hajar mengambil be-
kas air, meminum dan menyimpannya. Jibril as ke-
mudian berkata kepadanya. "Janganlah engkau takut 
kehausan di negeri ini, kerana sesungguhnya Zamzam 
merupakan mata air yang dikurniakan sebagai minum-
an tetamu Allah SWT."


Jibril meneruskan ucapannya,"Bapa anak ini, Insya-
Allah akan datang ke sini. Kedua orang itu akan mem-
bina Rumah Allah di tempat ini."


Hajar telah meninggal dunia mendahului tuannya Sarah. 
Jenazah dikebumikan di Al-Hajar.

Tuesday, March 8, 2011

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara.

DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa...moga-
moga diri kita, zuriat kita, ahli keluarga, keturun-
an kita tidak terjebak seperti perkara-perkara beri-
kut:-


1.Song.
Lagu-lagu yang menghiburkan. Jika ada anak-
anak yang tak tau mengucap tetapi boleh meng--
hafal lagu Korea/Hindustan yang panjang ber-
jela-jela. Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah, 
tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang 
panjangnya berdepa depa. Berjaya sudah Yahudi. 
Hingga kita terfikir bagaimana jadinya radio ka-
lau tanpa lagu?


2. Sex.
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di-
mana-mana sahaja. Di kaca tv, dalam filem, da-
lam iklan dan babak sex amat lumrah. Kekadang 
adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua 
sehingga ada orang menonton filem hanya ke-
rana ada adegan sex. Filem 18SX amat laris ber-
banding filem U. VCD lucah mudah didapati dan 
harganya amat murah. Adakah filem yang tiada 
adegan sex?. Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi
laknatullah.


3.Smoke.
Rokok.menjadi kegilaan para remaja sehingga 
dikatakan tidak moden jika tidakmerokok. Malah 
sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-
mana perempuan yang kononnya mau digelar 
"up to date". Dulu yang merokok ini golongan 
pelacur saja ataupun penari kabaret (aku tengok 
dari filem P Ramlee) Syabas yahudi, berjaya
lagi kamu.


4.Sport.
Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki den-
gan perempuan sama-sama berlumba mencari 
nama dalam sukan. hinggakan sekarang bola se-
pak pun perempuan main juga.. Bila bersukan, tu-
tup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun 
banyak yang miss, bukan yang bermain sahaja tak 
sembahyang. Yang menonton pun tak sembahyang 
juga. Kalau menonton di rumah akan lambat sem-
bahyang sebab takut tak nampak macam mana ma-
suk GOL. Yahudi gol lagi. Sampai ada ulama' kata 
" Kerana sukan, sembahyang boleh tangguhkan
" Masya-Allah!!!


5. Fun.
Hiburan ada di mana-mana dan kita dapat hibur-
an yang melalaikan. Kalau kita lihat dalam 100 
majalah mungkin 99 adalah majalah hiburan ter-
masuklah majalah mangga. Yang menayangkan 
buah mangga artis perempuan. Kalau ada konsert, 
sanggup orang Islam bertandang hingga meng-
habiskan banyak wang dan bila ke konsert pelba-
gai maksiat akan diselit masuk. Yahudi terhibur
lagi.


6.Female.
Perempuan tawaran Yahudi yang amat mengasyik-
kan terutama dalam iklan yang kadang-kadang ti-
dak ada kena mengena dengan perempuan. Kalau 
kita ke kedai bateri kereta dihadapan bateri terpam-
pang gadis sunti separuh bogel beraksi. Apa kena 
mengena bateri kereta dengan perempuan? Kalau 
iklan Modess, perempuan ada patutlah. Yahudi ber-
sorak lagi.


7.Fashion.
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-ma-
cam sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka 
dah tak menutup aurat. Macam mana dikatakan 
bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat 
yang kekadang menampakkan pusat dan bontot ge-
bu! Yang mewarnakan rambut lagi teruklah. Buat 
apa bertudung kalau rambut diwarnakan. Bila war-
nakan rambut mestilah tidak bertudung sebab ka-
lau bertudung bagaimana nak menayangkan war-
na rambut yang terkini itu. Kalau dah rambut di-
warnakan sembahyang pun tak sah malah mandi 
hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna ada-
lah kalis air itu tak kira yang cukur bulu kening la-
gi. Yahudi ketawa lagi. Umat islam sudah jadi ma-
cam Yahudi.


8. Food.
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan 
dari Barat termasukalah McD, Kentucky , Pizza hut 
dan seribu satu macam lagi. Buah kurma yang men-
jadi makanan Rasulullah dipandang hina. Cuma ter-
kenal semasa bulan Ramadhan sahaja sebab nak 
pahala lebih. Masuk rumah pun setahun sekali bila 
bulan Ramadan, tetapi makanan Barat menjadi ke-
banggaan. Bila makanan datang dari Barat, adakah
kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky 
rempahnya datang dari Amerika. Siapa nak pergi 
check kat kilangnya. Halal ke tidak? Bila makan 
benda haram, masakan iman menjadi mantap. Ma-
ka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja
macam yahudi tetapi berfikiran pun macam yahudi. 
Nauzubillah!!. Yahudi makan Islam lagi.


     Itu baru protokol yang ke 10. Yang lain-lain 
entah macam-macam lagi. Oleh itu, jika berlaku 
pertembungan antara kepentingan manusia den-
gan kepentingan Allah.


DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH!.


Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :


1. Untuk elak suami/isteri dan anak-anak berg-
aduh : Surah Al Baqarah - Ayat 102.


2. Anak2 pandai belajar: Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79.


3. Anak2 lembut hati/ elak panas baran: Surah Al-
Anbiyaa - Ayat 69 dan Surah Al Hasyr - Ayat 22-24.


4. Anak2 malas sekolah: Surah Toha ayat 1-5.


5. Ayat pendinding: Ayat akhir surah At Taubah.


6. Bagi anak-anak yang suka keluar malam: Surah 
Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x


7. Untuk jadi pendinding rumah: Surah Al Baqarah 
dibaca & tiup pada air dan tabur keliling rumah.


1 MINIT UNTUK MENGINGATI ALLAH


Langkah 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:


1. SUBHANA'LLAH
2. ALHAMDULI'LLAH
3. LAA I LAAHA ILLA'LLAH
4. ALLAHU AKBAR
5. ASTAGHFIRU'LLAH
6. LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR
RASULU'LLAH
7. ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK'
ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI·
WA SAHBIHI AJMA'EEN


Langkah 2:
1. Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi 
ayat, perkataaan demi perkataan .


Langkah 3:
1. Ajak saudara mara dan kawan-kawan membaca 
posting ini kepada yang anda kasihi.


Hasil 1:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa meng-
ajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermu-
najat kepada ALLAH SWT.


Hasil 2:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa meng-
ajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi 
Muhammad SAW.


Firman Allah swt :
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman deng-
an ayat-ayat Kami, adalah orang-orang yang apa-
bila diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami), me-
reka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji 
Tuhannya, sedang mereka tidak menyombongkan 
diri". (Surah As Sajadah ~ Ayat 15)


Selamat beristiqomah ke jalan Allah SWT supaya 
mendapat rahmatNya dan kebahagiaan di dunia 
dan akhirat.


Wasallam. Jazakallah Khairan.
Oleh,
Tuan Alexzanderz Leo
(facebook CINTA ALLAH CINTA ABADI)