Thursday, March 29, 2012

SEEKOR HARIMAU MENDENGAR AL-QURAN

     Ahmad bin Thulun, salah seorang pengusaha 
Mesir terdahulu, menahan dan memenjarakan se-
orang alim yang bernama Abul Hasan Ahmad bin 
Banan. Ulama itu datang menemui penguasa yang 
menasihatinya tentang perintah dan larangan. 

     Tapi ia malah marah kepada si ulama dan ber-
pura-pura bodoh tentang kebenaran ucapan orang 
yang ma'shum Rasulullah saw.: "Ada dua orang 
jika keduanya baik, maka akan baiklah seluruh u-
mat. Tapi jika mereka rosak, maka rosaklah selu-
ruh umat. Mereka adalah para ulama dan umara 
(penguasa).

     Mendengar itu si penguasa makin berang, kepala-
nya mendidih menahan marah. Ketika kemarahan-
nya makin memuncak dan tidak dibendung lagi, ia 
berkata pada pengawalnya: "Tangkap dia! lalu 
lemparkan kekandang harimau yang sedang lapar 
sebagai santapannya, agar tak tersisa lagi darinya 
selain tulang belulang yang kering."

     Si ulama tinggal sendirian bersama dengan hari-
mau dalam kandangnya. Keesokan harinya, para pen-
jaga kandang memeriksa dan mereka menemui si
ulama duduk dengan tenang berzikir pada Allah SWT.,
 membaca ayat-ayat Al-Quran. 

     Mereka juga menyaksikan harimau lapar tersebut 
menganggukkan kepalanya dengan penuh ketenang-
an dan kerendahan, seakan mendengarkan zikir dan 
bacaan Al-Quran si ulama.

     Betapa tidak wahai saudara! Allah menyabut Al-
Quran dengan: "Allah telah menurunkan perkataan 
yang lebih baik Al-Quran yang serupa lagi berulang-
ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang 
takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang ku-
lit dan hati mereka diwaktu mengingati Allah. 


Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuk 
siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barang siapa yang 
disesatkan Allah, nescaya tak ada baginya seorang pe-
mimpin pun." (Az-Zumar:23)

     Lalu Bagaimana tidak saudaraku! sedang Dzat yang 
menurunkan Al-Quran telah berfirman yang bermaksud: 
"Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada 
sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk 
berpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. 
Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk 
manusia supaya mereka berfikir." (Al-Hasyr:21)



Tuesday, March 27, 2012

Pengaruh Nama Allah Dalam Hati Manusia

     Dalam suatu ruangan mingguan Ad-Dakwah 
yang ditulis sebagai berikut: "Sejumlah doktor pa-
kar yang dikejutkan dengan sebuah peristiwa me-
nakjubkan, namun mereka tidak mampu menjelas
kannya secara ilmiah hingga sekarang iaitu, ada-
nya lafaz "Allah" di jantung seseorang. 
     
     Media yang menyiarkan berita tersebut juga men-
gatakan: "Doktor Khaluq Nur Baqi, seorang doktor 
pakar jantung di Turki sampai pada penemuan yang 
mengejutkan ini ditengah penelitian tentang feno-
mena jarang berlaku. 
     
     Dunia ilmu pengetahuan pun belum mampu men-
jelaskan secara terperimci hingga sekarang., ketika 
ia menemui dibahagian jantung manusia hirif Arab 
yang berbunyi:"Allah."

     Doktor itu menuturkan: "Suatu hari, waktu aku 
sedang membuka buku ilmiah, saya dikejutkan de-
ngan apa yang saya lihat. Terdapat nama  "Allah" 
tertulis dalam jantung manusia. 
     
     Waktu itu saya merasa sedang berkhayal, tapi ke-
tika aku perhatikan lebih dekat aku bertambah yakin 
bahawa perkara itu adalah nyata dan ditulis oleh ta-
ngan yang sangat mahir." Ia juga menemui kejadian 
ini dalam atlas kedoktoran yang dibuat oleh ilmuan 
barat.

     Ia melanjutkan: "Tanda-tanda ilahiah ini tida-
lah terjadi begitu saja secara tiba-tiba atau dengan 
sendirinya." (Nawadir Min At-Tariah, 3/33)

Monday, March 26, 2012

HAJAR (Isteri Ibrahim a.s)

     Hajar ialah hamba wanita di Mesir, ia dihadiah-
kan oleh Firaun, Raja Mesir, kepada Sarah (iteri 
Nabi Ibrahim as). Kemudian Sarah menghadiah-
kan Hajar kepada Nabi Ibrahim as untuk dikahwini.


     Ibrahim kemudian berkahwin dengan Hajar). 
Dari rahim Hajarlah, Nabi Ibrahim as dikurnia-
kan oleh Allah SWT seorang anak yang bernama 
Ismail.


Ibrahim, Hajar dan Ismail pergi ke Kota Mekah


     Pada suatu hari Ishak, anak kepada Sarah te-
ah bertengkar dengan Ismail (anak kepada Hajar. 
Sarah menjadi marah, lalu menghalau mereka ber-
dua."Jangan engkau mengusik ketenanganku di 
negeri ini." katanya.


     Sarah kemudian meminta Ibrahim as mencerai-
kannya. Lalu Allah SWT menurunkan wahyu ke-
pada Nabi Ibrahim as,agar membawa mereka ke 
Kota Mekah.


     Nabi Ibrahim as pun melaksanakan perintah 
Allah SWT itu. Nabi Ibrahim as akhirnya mem-
bawa isteri dan anaknya ke sebuah bukit yang
berbatu.


Firman Allah SWT yang bermaksud:
Ibrahim berkata,"Wahai Tuhan kami! Sesungguh-
nya aku telah menempatkan sebahagian keturunan-
ku di lembah yang tidak ada tanaman dekat rumah 
engkau yang diharamkan mencerobohinya. 


     Wahai Tuhan kami! Mereka ditempatkan disitu 
agar mendirikan sembahyang. Maka jadikanlah
hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka 
supaya datang beramai-ramai disitu dan beri rezeki-
lah kepada mereka dari berbagai-bagai jenis buah-
buahan, mudahmudahan mereka bersyukur." 
(Ibrahim,37)


     "Kepada siapakah ingin engkau serahkan kami 
semua?" Tanya Hajar. Nabi Ibrahim as tidak menja-
wab sepatah pun. "apakah semua ini perintah Allah 
SWT?" Tanya Hajar untuk kali yang kedua. "Ya" 
jawab Nabi Ibrahim as singkat. "Kalau begitu, Dia 
tidak akan menyia-nyiakan kami." Nabi Ibrahim as 
akhirnya kembali ke Syam, meninggalkan Hajar ber-
sama Puteranya yang hanya memiliki satu bekas air.


     Ketika air dalam bekas itu sudah kehabisan, Hajar 
dan puteranya sangat kehausan. Dia memandang ke 
gunung dan ke lembah yang ada dibawah. Dia naik 
ke bukit Safa, cuba mencari sesuatu. Namun, dia ti-
dak menemui apa-apa hanya suara binatang buas di 
lembah itu sahaja yang didengarinya. Hajar segera 
kembali kepada anaknya untuk memberikan perlin-
dungan.


     Dari kejauhan Hajar mendengar suara yang da-
tang dari bukit Marwah. Dia berlari-lari anak ke sana, 
seperti larinya orang yang hendak melakukan suatu 
pekerjaan. Dialah orang pertama yang melakukan 
lari-lari anak (sa'i) antara bukit Safa dan Marwah, 
kini menjadi amalan yang kita harus lakukan dalam 
rangkaian ibadah Haji.


     Hajar naik ke bukit Marwah. Tiba-tiba dia mende-
ngar sayup-sayup seperti suara manusia. Setelah di-
yakininya bahawa itu benar-benar suara, ia me-
ngadu kepada Allah SWT. "Ya Allah,engkau telah 
memperdengarkan suara kepadaku. Tolonglah aku,
 dan orang yang bersamaku akan binasa." 


     Ternyata suara itu adalah suara Jibril as. "Siapa-
kah sebenarnya kamu ini?" tanya Jibril as kepada
Hajar. "Isteri Ibrahim as yang meninggalkanku ber-
sama anakku disini." jawab Hajar. "Kepada siapa-
kah pemeliharaan engkau berdua diserahkan?" tanya 
Jibril. "Dia menyerahkan kami kepada Allah SWT." 
jawab Hajar. "Dia telah menyerahkan kalian kepada 
Yang Maha Berkuasa."


     Kemudian Jibril as mengajak kedua-dua orang itu 
melakukan perjalanan hingga tiba di satu tempat yang 
bernama Zamzam. Padahal, makanan dan minuman 
telah kehabisan.


     Kemudian Jibril menghentakkan kakinya, lalu ter-
pancarlah mata air dari tanah tersebut. Kerana itulah 
zamzam juga dinamakan Rakdah Jibril as.


     Setelah sumber air mengalir, Hajar mengambil be-
kas air, meminum dan menyimpannya. Jibril as ke-
mudian berkata kepadanya. "Janganlah engkau takut 
kehausan di negeri ini, kerana sesungguhnya Zamzam 
merupakan mata air yang dikurniakan sebagai minum-
an tetamu Allah SWT."


Jibril meneruskan ucapannya,"Bapa anak ini, Insya-
Allah akan datang ke sini. Kedua orang itu akan mem-
bina Rumah Allah di tempat ini."


Hajar telah meninggal dunia mendahului tuannya Sarah. 
Jenazah dikebumikan di Al-Hajar.