Monday, March 26, 2012

HAJAR (Isteri Ibrahim a.s)

     Hajar ialah hamba wanita di Mesir, ia dihadiah-
kan oleh Firaun, Raja Mesir, kepada Sarah (iteri 
Nabi Ibrahim as). Kemudian Sarah menghadiah-
kan Hajar kepada Nabi Ibrahim as untuk dikahwini.


     Ibrahim kemudian berkahwin dengan Hajar). 
Dari rahim Hajarlah, Nabi Ibrahim as dikurnia-
kan oleh Allah SWT seorang anak yang bernama 
Ismail.


Ibrahim, Hajar dan Ismail pergi ke Kota Mekah


     Pada suatu hari Ishak, anak kepada Sarah te-
ah bertengkar dengan Ismail (anak kepada Hajar. 
Sarah menjadi marah, lalu menghalau mereka ber-
dua."Jangan engkau mengusik ketenanganku di 
negeri ini." katanya.


     Sarah kemudian meminta Ibrahim as mencerai-
kannya. Lalu Allah SWT menurunkan wahyu ke-
pada Nabi Ibrahim as,agar membawa mereka ke 
Kota Mekah.


     Nabi Ibrahim as pun melaksanakan perintah 
Allah SWT itu. Nabi Ibrahim as akhirnya mem-
bawa isteri dan anaknya ke sebuah bukit yang
berbatu.


Firman Allah SWT yang bermaksud:
Ibrahim berkata,"Wahai Tuhan kami! Sesungguh-
nya aku telah menempatkan sebahagian keturunan-
ku di lembah yang tidak ada tanaman dekat rumah 
engkau yang diharamkan mencerobohinya. 


     Wahai Tuhan kami! Mereka ditempatkan disitu 
agar mendirikan sembahyang. Maka jadikanlah
hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka 
supaya datang beramai-ramai disitu dan beri rezeki-
lah kepada mereka dari berbagai-bagai jenis buah-
buahan, mudahmudahan mereka bersyukur." 
(Ibrahim,37)


     "Kepada siapakah ingin engkau serahkan kami 
semua?" Tanya Hajar. Nabi Ibrahim as tidak menja-
wab sepatah pun. "apakah semua ini perintah Allah 
SWT?" Tanya Hajar untuk kali yang kedua. "Ya" 
jawab Nabi Ibrahim as singkat. "Kalau begitu, Dia 
tidak akan menyia-nyiakan kami." Nabi Ibrahim as 
akhirnya kembali ke Syam, meninggalkan Hajar ber-
sama Puteranya yang hanya memiliki satu bekas air.


     Ketika air dalam bekas itu sudah kehabisan, Hajar 
dan puteranya sangat kehausan. Dia memandang ke 
gunung dan ke lembah yang ada dibawah. Dia naik 
ke bukit Safa, cuba mencari sesuatu. Namun, dia ti-
dak menemui apa-apa hanya suara binatang buas di 
lembah itu sahaja yang didengarinya. Hajar segera 
kembali kepada anaknya untuk memberikan perlin-
dungan.


     Dari kejauhan Hajar mendengar suara yang da-
tang dari bukit Marwah. Dia berlari-lari anak ke sana, 
seperti larinya orang yang hendak melakukan suatu 
pekerjaan. Dialah orang pertama yang melakukan 
lari-lari anak (sa'i) antara bukit Safa dan Marwah, 
kini menjadi amalan yang kita harus lakukan dalam 
rangkaian ibadah Haji.


     Hajar naik ke bukit Marwah. Tiba-tiba dia mende-
ngar sayup-sayup seperti suara manusia. Setelah di-
yakininya bahawa itu benar-benar suara, ia me-
ngadu kepada Allah SWT. "Ya Allah,engkau telah 
memperdengarkan suara kepadaku. Tolonglah aku,
 dan orang yang bersamaku akan binasa." 


     Ternyata suara itu adalah suara Jibril as. "Siapa-
kah sebenarnya kamu ini?" tanya Jibril as kepada
Hajar. "Isteri Ibrahim as yang meninggalkanku ber-
sama anakku disini." jawab Hajar. "Kepada siapa-
kah pemeliharaan engkau berdua diserahkan?" tanya 
Jibril. "Dia menyerahkan kami kepada Allah SWT." 
jawab Hajar. "Dia telah menyerahkan kalian kepada 
Yang Maha Berkuasa."


     Kemudian Jibril as mengajak kedua-dua orang itu 
melakukan perjalanan hingga tiba di satu tempat yang 
bernama Zamzam. Padahal, makanan dan minuman 
telah kehabisan.


     Kemudian Jibril menghentakkan kakinya, lalu ter-
pancarlah mata air dari tanah tersebut. Kerana itulah 
zamzam juga dinamakan Rakdah Jibril as.


     Setelah sumber air mengalir, Hajar mengambil be-
kas air, meminum dan menyimpannya. Jibril as ke-
mudian berkata kepadanya. "Janganlah engkau takut 
kehausan di negeri ini, kerana sesungguhnya Zamzam 
merupakan mata air yang dikurniakan sebagai minum-
an tetamu Allah SWT."


Jibril meneruskan ucapannya,"Bapa anak ini, Insya-
Allah akan datang ke sini. Kedua orang itu akan mem-
bina Rumah Allah di tempat ini."


Hajar telah meninggal dunia mendahului tuannya Sarah. 
Jenazah dikebumikan di Al-Hajar.

No comments:

Post a Comment